Saturday, June 9, 2007

GaThering @ PizZaHUT KLCC


Ghatering La Pizza


Date : 4th June 2007

Time : 6:30pm

Venue: Pizza Hut KLCC

Guests : Amal >> Arm >> Corax >> Daud >> Gadget >> Zaida >> Aniey >> Fendi >> Ezie >> Firdaus >>


Sejauh mana pun dipisahkan, Di sini jua kita bertemu. Inilah pertemuan pertama setelah masing-masing membawa haluan masing-masing. Pertemuan dirancang memandangkan kesempatan yang diambil sempena cuti persekolahan. Pada permulaannya, memang ramai dijemput untuk turut serta dalam jamuan makan malam Skuad di PizzaHut KLCC, namun sebahagian dari Skuad tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang sukar dielakkan. Namum kehadiran para Skuad yang lain memeriahkan suasana dan mencetuskan hubungan yang mesra dan kekal sepanjang hayat.


Tepat pukul 6.00 petang, Daud pun bergegas menuju ke tempat pertemuan untuk menanti kehadiran para Skuad yang lain. Penantian yang seketika mengundang kehadiran Fendi dan Corax. Seketika itu, mesej diterima dari rakan skuad yang tidak dapat hadir dalam pertemuan Skuad ini. Ermm.. sedih juga rasanya bila tidak berkesempatan untuk berjumpa rakan skuad yang lain. kami menati di temptat duduk disebalik tiang.


Kami bertiga masih menunggu rakan Skuad yang lain.. dari jauh kelihatan Gadget (Hafiez) melintasi kami dan terus meluru masuk ke Restoran PizzaHut yang dijanjikan tanpa mempedulikan kami bertiga. Setelah diteriakkan namanya, barulah di aberpaling kepada kami bertiga. Ahh.. gembira juga rasanya bila ada rakan di sekililing kita. Itulah persahabatan. Tanpa teman disisi kita tak mampu untuk hidup dengan bahagia.


kemuadian kami berempat memilih untuk duduk di kaki tangga berhadapan PizzaHut. Berselindung di sebalik cermin kaca, bayang-bayang kami dipantulkan kesan pembiasan cahaya kedalam Restauran PizzaHut. Dari jauh, kami memerhatikan kehadiran Amal menuju ke Restoran PizzaHut. Kami cuba memanggilnya dengan lambaian tangain di sebalik tingkap kaca, namum kesan fatamorgana mengelirukan amal sehinggakan dia menyangka bahawa kami berada di dalam restorran. Namun hakikatnya kami diluar.. itulah keajaiban ciptaan Allah terhadap ilmu sains (Pantulan Cahata). Tanpa cahaya kita tidak mungkin mampu melihat alam ini.


Penantian kami masih diteruskan untuk menanti 5 lagi rakan. Kemudian Zaida dan Ezie pun Muncul, Sebelum itu rakan kenalan baru kami Firdaus muncul untuk turut serta bersama Skuad atas pelawaan kami. Namun seperti lumrah alam. Setiap mahkluk diciptakan oleh Allah dengan sifat-sifat yang tersendiri. Itulah yang ingin kami ceritakan tentang Zaiham yang mungkin menjadi pelengkap kepada pertemuan Skuad malam itu.


Korum pun dah cukup... so, apa lagi MAKAN LA....


memang sedap... tempat memang esklusif. PizzaHut KLCC memang berbeza dengan PizzaHut yang lain. kami duduk bersama di bawah lampu candeliar yang cantik dan ruang meja yang selesa untuk kami semua. Set Hidanghan juga berbeza tidak seperti PizzaHut yang lain.. PizzaHut KLCC memang unik.,.


Segalanya ada maksud tersendiri.